Kahwin Hanya 2 Bulan


klik sini

KUALA PILAH: “Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, selepas sah bercerai talak satu dengan Farah Asyikin Othman, 34, yang baru dinikahinya kira-kira dua bulan lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 11 November tahun lalu di rumah Hattan di Seri Menanti, di sini, sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Pilah, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Menurut sumber, Hattan melafazkan talak satu di depan Hakim Syarie Abdul Rashid Ramli ketika hadir bersama Farah Asyikin di mahkamah berkenaan. “Pasangan itu memfailkan perceraian mereka (kelmarin) dan keputusan terus dibuat oleh hakim. Mereka kelihatan tenang ketika hadir di mahkamah dan tiada ahli keluarga lain hadir.

“Oleh sebab persetujuan sudah dibuat bersama, mahkamah tiada halangan meluluskan perceraian mereka,” katanya. Jika nak kahwin lebih daripada 2 bulan, cubalah makan ubat kuat untuk lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...