Panduan Pengantin Baru


klik sini
Perkahwinan merupakan detik penting dalam kehidupan wanita kerana pada hari tersebut mereka dapat berhias dan menyarungkan pakaian, bak puteri jelita.

Mereka akan memastikan semuanya nampak sempurna dari hujung rambut hingga ke kaki.
Justeru bakal pengantin akan mencari jurusolek atau mak andam profesional untuk menyolek agar wajah kelihatan cantik.

Tidak kurang pula mereka yang berkunjung ke pusat kecantikan spa untuk ubat kuat dan menambah seri pada wajah supaya mereka kelihatan sihat dan berseri.
Menurut Pengurus Kumpulan Pendidikan Dermalogical Malaysia, Jesie Hong, mereka percaya kecantikan pengantin terserlah melalui penampilan yang sihat.

Tambahnya, pengantin perlu melakukan rawatan menyegarkan badan dan wajah pengantin wanita menjelang hari perkahwinan.
“Solekan hanya untuk menutup cela dan menonjolkan sesetengah ciri wajah tetapi kulit yang berseri dari dalam serta langkah yang bertenaga hanya boleh diperolehi daripada kesihatan yang menyeluruh. Namun, tiada jalan pintas untuk kelihatan cantik. Seorang pengantin yang bijak akan bermula awal dalam rutin kesihatan dan rawatan kecantikannya seperti melakukan rawatan spa,” ujarnya.

Sementara itu, pereka tempatan terkenal, Syaiful Ibrahim berpendapat, rekaan baju pengantin moden ala selebriti akan popular sepanjang 2012.
Warna-warna pastel seperti merah samar, kuning kemerahan dan putih pula akan menjadi pilihan kebanyakan pengantin.

“Kebanyakan pengantin pada tahun ini turut tertarik dengan pakaian pengantin mengikut potongan badan. Saya juga menjangkakan kebanyakan pereka fesyen akan menghasilkan potongan gaun pengantin ilham pereka Barat. Namun, anda perlu memilih pakaian yang betul untuk menutupi kekurangan bentuk badan anda. Saya selalu menggalakkan pengantin supaya menjaga kulit mereka kerana gaun pengantin selalunya mendedahkan kulit dan akan kelihatan tidak cantik sekiranya kulit anda tidak sihat.

Selain itu, bakal pengantin perlu memilih pakaian mengikut bentuk badan sama ada bentuk pear, tinggi atau gempal. Bakal pengantin juga perlu mengambil kira tiga aspek menjelang perkahwinan iaitu kemampuan perbelanjaan pakaian perkahwinan, tema dan mereka perlu menempah pakaian sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh majlis berlangsung dan makan ubat kuat banyak-banyak,” katanya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...