Iklan Ubat Kuat


Iklan ubat kuat haram menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di seluruh Malaysia bukan saja menyakitkan mata, tetapi turut menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai. Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk ubat kuat mereka, pengiklan berkenaan menggantung iklan ubat kuat tidak senonoh itu yang dicetak menggunakan bunting kecil pada lampu isyarat dan di paku pada pokok-pokok tepi jalan.

Taktik itu digunakan pihak terbabit supaya iklan mereka jelas dilihat pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat dan orang yang berminat boleh segera menghubungi nombor dipaparkan.
Tinjauan sekitar bandar-bandar besari mendapati iklan itu digantung di hampir semua lampu isyarat dan menggunakan nombor telefon bimbit berlainan pada setiap bunting.

Iklan terbabit memaparkan ayat ubat kuat, ‘adult toy’ dan ‘ubat kuat lelaki’ turut diterjemahkan dalam bahasa Cina menyebabkan orang ramai terutama wanita berasa jijik membacanya. Penduduk sekitar bimbang remaja dan kanak-kanak cuba membeli peralatan seks dan ubat kuat selepas melihat iklan itu.

“Iklan seperti ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Pergilah iklankan ubat kuat di iklan percuma internet. Saya dan penduduk lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat iklan ubat kuat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat,” katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa mencari langkah untuk menyelesaikan masalah iklan ubat kuat haram kerana ia bukan saja merosakkan pandangan, tetapi mengotorkan kawasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...