Merangsang Rasa Ghairah Berahi



Saya berumur 27 tahun dan telah tujuh bulan berkahwin namun masih belum bersama dengan suami walaupun sekali. Pelbagai cara dan kaedah moden dan tradisional dari segi pemakanan, ubat kuat dan teknik telah saya amalkan namun masih tidak berkesan. Saya telah merujuk kepada pelbagai bahan bacaan untuk membantu tetapi masih begitu. Masalah utama saya ialah tidak merasa ghairah atau terangsang. Tambah menyukarkan, saya rasa pedih dan sakit kerana tiada kebasahan malah lubang juga tidak terbuka sehingga menghalang saya menjalankan tanggungjawab kepada suami.

Pelbagai cerita yang saya dengar daripada rakan seperti dara yang tebal, lubang terlalu kecil dan perasaan takut yang menghalang. Perasaan bersalah terhadap suami sangat menghimpit jiwa saya. Keluarga juga sering bertanya jika ada apa-apa berita baik menyebabkan emosi saya semakin tidak stabil. Saya sangat-sangat berharap agar Prof dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini. Apakah kaedah dan teknik terbaik bagi saya untuk mengurangkan rasa sakit dan merangsang hormon seks saya supaya berfungsi? Bantuan Prof sangat-sangat saya perlukan. 

Jawapan:
Terima kasih kepada Puan yang telah mengutarakan soalan ini. Permasalahan yang dihadapi adalah berkaitan hubungan seks. Puan mungkin masih lagi dara jika perhubungan ini belum berjaya dilakukan sepenuhnya. Masalah yang Puan hadapi ini dikenal sebagai vaginismus

Vaginismus adalah keadaan tekanan psikologi yang diekspresi dalam bentuk reaksi fizikal yang sangat kuat. Mungkin agak asing bunyinya, namun ia adalah masalah seks wanita yang telah lama wujud. Ia adalah satu keadaan yang menjejaskan keupayaan seseorang wanita menerima penetrasi melalui faraj termasuk penetrasi seksual, kemasukan tampon dan penetrasi ke faraj untuk tujuan pemeriksaan sakit puan seperti pap smear. 

Ini berlaku kesan tindak balas otot lantai pelvik seseorang wanita. Tindak balas ini menyebabkan otot bahagian tersebut mengalami kekejangan dan menghalang sebarang penetrasi termasuk kemasukan alat kelamin suami. Pemaksaan hubungan seks ketika itu akan menyebabkan kesakitan ataupun kadang-kala langsung tidak boleh dilakukan. Di negara barat, dua peratus daripada wanitanya mengalami masalah vaginismus dan dalam kalangan negara Islam peratusan tersebut mungkin lebih tinggi memandangkan seks adalah sesuatu yang tabu dan jarang diperbincangkan. 

Tertekan ramai wanita yang mengalami masalah ini biasanya akan hanya memendam perasaan. Vaginismus boleh menyebabkan wanita berasa tertekan, resah dan rendah diri. Masalah ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Biasanya sebagai tindak balas pada perkara yang tidak diingini seperti perasaan sakit atau pengalaman yang menyakitkan semasa menjalani hubungan seks terdahulu. 

Masalah vaginismus terbahagi kepada dua iaitu vaginismus primer dan vaginismus sekunder. Vaginismus primer berlaku apabila seseorang wanita itu tidak boleh melakukan sebarang penetrasi seks atau apa juga penetrasi ke dalam vagina. Ia selalunya dialami oleh wanita muda pada awal usia 20-an, yang belum pernah melakukan hubungan seksual. 

Vaginismus sekunder pula berlaku kepada wanita yang pernah melakukan hubungan seksl tanpa masalah tetapi kemudiannya mengalami masalah. Mereka selalunya tidak mengetahui keadaan tersebut sehinggalah percubaan untuk penetrasi faraj dilakukan ketika hubungan seks. Keadaan ini selalunya akan diikuti dengan perasaan cemas dan juga takut

Punca vaginismus berlaku termasuk kepercayaan yang faraj itu kecil dan sempit serta perasaan serba salah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Punca lain, penderaan seksual yang pernah dialami, kecederaan faraj akibat kelahiran sebelum ini, hubungan seksual pertama kali yang begitu menyakitkan, takut hamil, kurang maklumat tentang fungsi seksual dan kepercayaan yang seks itu tidak suci dan hanya menguntungkan ubat kuat lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...