Pondan ‘Antarabangsa’ ditahan dalam Serbuan

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Bukit Bintang yang terkenal sebagai lokasi hiburan dan kegiatan tidak bermoral pada waktu malam diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat itu, awal pagi semalam.
Serbuan yang dijalankan bermula jam 2 pagi dan berakhir dua jam kemudian menyasarkan wanita dan pondan warga asing yang giat menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks dan menjual ubat kuat.

Dalam serbuan itu, 34 orang iaitu 19 wanita dan 14 pondan serta seorang pelanggan lelaki ditahan.
Daripada jumlah itu, sembilan wanita ialah warga Afrika, Kemboja (tiga), Vietnam (dua), Indonesia (dua) dan masing-masing seorang warga Filipina, Hong Kong dan Bangladesh.

Manakala 14 pondan iaitu lapan dari Filipina, Thailand (lima) dan Indonesia (satu) serta seorang lelaki Bangladesh yang juga pelanggan turut ditahan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata serbuan berkenaan diadakan di Jalan Bukit Bintang, Hotel Sabrina, Changkat Bukit Bintang dan Pub Sutera.

Katanya, ketika serbuan, beberapa wanita dan pondan terbabit menawarkan khidmat ubat kuat kepada orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...